RAJAH 1

Garis-garis kontur yang rapat atau dekat antara satu sama lain menggambarkan kawasan itu adalah cerun yang curam.

Bagi garis kontur yang jauh jaraknya atau jarang-jarang menggambarkan cerun yang landai.

Garis-garis kontur yang selari yang berada pada jarak yang sama menggambarkan kawasan itu adalah cerun yang sekata.

(Sila rujuk rajah 1 di atas)


RAJAH 2

Cerun berteres atau bertangga mempunyai cerun curam dan cerun landai yang berselang-seli.

Garis-garis kontur yang rapat menggambarkan kawasan itu adalah cerun curam dan garis-garis kontur yang jarang-jarang menggambarkan kawasan itu adalah cerun landai.

(Sila rujuk rajah 2 di atas)



RAJAH 3

Cerun cembung mempunyai garis-garis kontur yang rapat (yang menggambarkan cerun curam) di bahagian bawah.

Jarak atau ruang antara garis-garis kontur ini semakin jarang apabila tingginya berubah (yang menggambarkan cerun landai).

(Sila rujuk  rajah 3 di atas).

Kecerunan yang terbesar pada titik di atas garis kontur adalah bersudut tepat kepada garis kontur, iaitu di mana jarak ufuk di antara garis-garis kontur adalah terpendek supaya kecerunannya adalah paling besar.

Ini adalah kerana jarak bersudut tepat merupakan jarak yang terpendek dan kecerunan pula bersamaan dengan sela kontur dibahagikan   oleh samanilai ufuk.

       
   RAJAH 4

Garis kontur yang berlainan aras hanya boleh bertemu menjadi satu garisan tunggal pada keadaan yang khas sahaja dan kadaan ini hanya boleh berlaku pada kawasan yang bertebing tinggi.

(Sila rujuk rajah 4 di atas)


RAJAH 5

Lembah sungai dan lurah bukit mempunyai garis kontur yang berbentuk 'V' menuju ke arah tanah yang tinggi.
Lurah adalah satu tempat lekuk yang panjang dan biasanya ia terdapat di antara dua buah tanah tinggi dan dilalui oleh sungai.

(Sila rujuk rajah 5 di atas)

 


RAJAH 6
 



RAJAH 7

Susah bukit mempunyai garis kontur berbentuk 'V' yang mengarah ke arah tanah yang lebih rendah.

(Sila rujuk rajah 6 dan rajah 7 di atas)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



RAJAH 8

Garis kontur yang tertutup menunjukkan kawasan itu adalah kawasan bukit ataupun pelana.

Pelana dianggap sebagai sebagai lekukan yang cetek yang mana terdapat di antara dua kemuncak bukit.

(Sila rujuk rajah 8 di atas)

                 
  RAJAH 9

Permatang adalah sebuah kawasan tanah tinggi yang panjang dan sempit.

Cerun permatang pada kebiasaannya curam.

(Sila rujuk Rajah 9 di atas)